BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.FOLLOW SAYA DAN KONGSI APA-APA SAHAJA INFO BERSAMA SAYA...

Friday 15 July 2011

SINOPSIS ARTIKEL : APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA; PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN.

SINOPSIS  ARTIKEL :
 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA : PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN
Penggunaan komputer dalam era pendidikan moden sekarang bukanlah sesuatu yang asing. Kaedah penggunaannya  amat bersesuaian dengan arus perkembangan pendidikan sekarang. Penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu  banyak membantu keberkesanan pengajaran guru dan mampu mempengaruhi proses  perkembangan pembelajaran murid.
            Konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer ( PBBK ) menyatakan  bahawa guru Bahasa Melayu sepatutnya memahami konsep  PBBK ini. Penggunaan CD dilihat sebagai signifikan kepada guru membuat pemantauan. Pelajar gemar menggunakan enjin pencari ( Google ) untuk mencari fakta ketika menulis karangan.
Penggunaan komputer dalam pengajaran memberi  beberapa kesan. Contohnya seperti penggunaannya terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Kebanyakan guru pula berpendapat penggunaan komputer dalam pengajaran karangan tidak begitu sesuai. Manakala di kalangan pelajar, masih terdapat pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu iaitu lisan, membaca dan menulis. Untuk mendapat kesan yang lebih baik, guru perlulah kreatif. Kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan pengajaran Bahasa Melayu tidak dikuasai dengan baik. Contohnya dalam authorware dan toolbook. Kebanyakan guru menggunakan multimedia dalam pengajaran apabila diminta berbuat demikian sahaja. Penggunaan komputer hanya terhad kepada urusan berkaitan dengan pengurusan.
            Guru-guru Bahasa Melayu pernah mengikuti kursus berkaitan komputer terutama dalam Kursus Dalam Perkhidmatan ( KDP ) yang dianjur oleh Jabatan Pelajaran Negeri    (JPN ) atau Pejabat Pelajaran Daerah  ( PPD). Aplikasi komputer yang paling dikuasai ialah Microsoft Word diikuti Microsoft Excel, Microsoft Power point, Internet, Microsoft Access, kemahiran multimedia dan yang paling lemah pembinaan laman web.
             Kebanyakan guru amat menyedari kepentingan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Tetapi terdapat beberapa kekangan dan halangan yang mempengaruhi  penggunaan  secara meluas. Antaranya, guru memang berminat  menggunakan komputer di dalam kelas tetapi tiada kepakaran dalam penggunaannya secara intensif. Kebanyakan guru tidak mempunyai masa untuk merekabentuk Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) yang berkualiti berasaskan komputer. Sikap guru Bahasa Melayu yang kurang minat dengan kaedah penggunaan komputer dalam pengajaran merupakan salah satu faktor, penggunaan ICT terbantut. Masa penggunaan komputer yang kadang-kadang bercanggah dengan kumpulan pelajar lain akan mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. Kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah akan mengganggu penggunaan komputer secara menyeluruh.
            Terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi segala kekangan yang wujud. Antaranya mewujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD, mengadakan peruntukan yang sesuai untuk sediakan teknologi komputer terkini. Pihak pentadbir perlu mewujudkan prasarana ICT yang sesuai dan guru- guru Bahasa Melayu diberi pendedahan aplikasi komputer  agar pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer ini berjalan lancar.
Kesimpulannya, guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Terdapat tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran ( finkbeiner, 2001 ). Pada peringkat awal, guru- guru Bahasa Melayu perlu benar- benar memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberi kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar yang interaktif perlulah di pertingkatkan dari masa ke semasa kerana ia merupakan sesuatu yang amat bersesuaian dengan generasi zaman sekarang.

2 comments:

Hazrick S210068 said...

Kekangan yang sering dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran berintegrasikan komputer tidak mungkin dapay diselesaikan dengan mudah contohnya capaian internet yang terlalu perlahan di sekolah luar bandar. Tidak mungkin masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana berbagai bagai alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggugjawab apabila laporan dibuat. Ini amat menyulitkan guru di sekolah tersebut.

suraya said...

salam....artikel yang menarik .permasalahan yang timbul merupakan cabaran bagi semua guru dalam mmeningkatkan keberkesanan p&p

Post a Comment