BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.FOLLOW SAYA DAN KONGSI APA-APA SAHAJA INFO BERSAMA SAYA...

Tuesday 12 July 2011

SAJAK: INI NAMANYA SEORANG GURU

Ini namanya seorang guru,
Wang ringgit bukan ukuran
Hadiah bukan buruan
Pujian bukan keutamaan
Jasa dan bakti bukan untuk tontonan
Pangkat dan kuasa bukan jadi rebutan
Demi bangsa, agama dan negara
Demi anak-anak didik tercinta
Mengajar tanpa berasa  penat lelah
Berkorban masa dan tenaga
Jarang tidak menggadai nyawa
Demi mengajar baca, tulis dan kira
Di Bandar raya, di desa
Mahupun nun di pedalaman sana
Agar anak-anak didik tercinta
Bukan saja tahu baca, tulis dan kira
Tetapi luhur jiwa mereka
Sopan tutur kata mereka
Kukuh jati diri mereka
Dan berminda kelas pertama
Ini namanya seorang guru
Siapakah yang bisa menggantikan tempatnya?
Walau sesaat Cuma.
Nukilan : Mohad Yunus Ismail, SMK  KUDAT

0 comments:

Post a Comment